>APAKAH SOFTWARE FLOCK. Software Penyokong Laman Jarigan Sosial Facebook, Twitter. Download Free

>

APAKAH SOFTWARE FLOCK. Software flock Penyokong Laman Jarigan Sosial Facebook, Twitter. Download Free

Nampaknya, orang ramai semakin teruja menggunakan khidmat atau aplikasi jaringan sosial. Jenama popular seperti Facebook dan Twitter sering disebut-sebut oleh golongan yang gemar bersosial siber pada hari ini. Selain pengguna komputer (PC/notebook), pengguna telefon pintar juga semakin dipengaruhi aplikasi jaringan sosial tersebut. Malah, pengaruhnya terus meluas hingga mendorong teknologi pelayar web turut berubah. Pelayar web Flock yang dulunya sudah menyokong pelbagai aktiviti jaringan sosial, kini berubah sekali lagi menerusi versi terbaharunya, Flock 3.0.

Pelayar web yang dicipta khas untuk menyokong aktiviti jaringan sosial ini pernah meraih pelbagai anugerah. Versi terbaharu ini memilih teknologi Chromium sebagai terasnya. Pilihan ini turut menukar gaya lama Flock yang seakan Firefox. Gayanya yang tersendiri apabila melayari web, boleh memikat sesiapa sahaja yang pernah mencuba Google Chrome atau Chromium sebelum ini. Menerusinya anda boleh menghubungi rakan, memeriksa emel, membina blog, menerbitkan foto/video, dan menjejaki topik siber dengan mudah. Kalau berminat, anda dipersilakan mencubanya.

Nota: Majalah PC yang lepas-lepas, pernah menceritakan cara guna pelayar web Flock untuk versi yang terdahulu. Berikut adalah keterangan ringkas mengenai fungsinya dan panduan menggunakannya secara langkah demi langkah.

Download Link: http://www.flock.com/
Sumber: karangkraft.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s