>TUTORIAL CARA-CARA NAK INSTALL WIN 7 PADA NOTEBOK ATAU PC

>

CARA-CARA NAK INSTALL WIN 7 PADA NOTEBOK ATAU PC

Sebenarnya nak install window 7 adalah mudah. Tak salah kalau anda mencubanya sendiri di rumah pada PC atau Laptop anda. Biasa kalau dihantar kekedai paling murah pun kena bayar RM50. Tu belum lagi harga Original window 7. Lepas tu kedai caj itu ini, kata masuk sofware itu ini, kalu sesiapa yang tak tahu mungkin tertipu, mungkin kena caj servis sampai RM300 belum masuk harga barang lagi. Kalau pakai Window 7 pirates mungkin caj servis kurang sedikit.Kalau dah buat tu terpaksa lah bayar. jadi kalau anda mahu hantar ke kedai survey la dahulu harga dan tetapkan bajetnya. Bandingkan harga kat kedai lain. jadi pengguna yang bijak.

Jadi tak salah kalau anda mencuba install Window sendiri. Modalnya cuma RM10 kalau dvd window 7 pirates dan Window 7 original Home Edition kena tengok harga kat kedai berdekatan anda, biasa RM 300 lebih sikit je.

Seperti biasa, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah tetapkan System Bios Komputer/Laptop anda supaya membaca DVD dahulu ketika ia mula-mula dihidupkan. Pastikan juga DVD drive anda dapat membaca DVD. Ini dapat dilaksanakan dengan menetapkan boot sequence yang pertama kepada DVD. Setelah boot sequence telah ditetapkan, masukkan DVD Windows 7 dan “restart” komputer anda.
Gunakan hard disk berasingan sekiranya anda bimbang akan keselamatan hard disk yang mempunyai dokumen-dokumen anda. Jika anda ingin meneruskan pemasangan, ikuti langkah-langkah di bawah ini:

1. Skrin pertama yang keluar akan memaparkan mesej “Windows is loading files…”, tunggu sehingga proses ini selesai.

2. Step ini adalah tujuan untuk menetapkan pilihan bahasa, zon masa dan matawang, serta tetapan papan kekunci. Tetapkan pilihan anda dan klik Next.

3. Pada paparan ini klik pada butang “Install Now” untuk memulakan pemasangan Windows 7

4. Kemudian tandakan @ “tik” cursor pada kotak “I accept license terms” dan klik Next

5. Pada Paparan ini adalah tujuan untuk anda memilih upgrade win 7 atau membuat window 7 baru. Tutorial ini adalah untuk install window 7 baru jadi klik pada butang Custom untuk melakukan pemasangan bersih Windows 7

6. Pilih partition manakah yang akan memuatkan Windows 7, dan klik Next

7. Proses pemasangan telah bermula. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai

8. Setelah proses pemasangan siap, anda akan dikehendaki untuk membuat beberapa tetapan asas terhadap Windows 7 anda. Pertama sekali, masukkan nama anda dan nama bagi komputer, kemudian klik Next.

9. Masukkan kata laluan bagi akaun Windows 7 anda, kalau anda tidak ingin membuatnya klik Next. Kalau mahu, masukkan Password anda dan klik next.

10. Masukkan nombor siri yang anda perolehi samada dari muat—turun atau pada sticker starter pack win 7 yang anda beli dan klik Next.

11. Pilih pilihan bagi Windows Update. Untuk memastikan Windows 7 anda sentiasa dikemaskini, pilih “User recommended settings”.

12. Pilh zon masa anda dan klik Next.

13. Kini Windows 7 sudah siap dipasang, dan anda sudah boleh mula menggunakannya.

14. Selepas ini anda bolehlah install driver hardware dan software yang anda mahukan. Tepuk dada tanya selera. Selamat mencuba. Salam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s