>TIPS APA YANG PERLU ANDA BUAT LAPTOP HANGING.

>TIPS APA YANG PERLU ANDA BUAT LAPTOP HANGING.

LAPTOP HANGING? APA YANG PERLU ANDA BUAT?

Tak perlu panik. Caranya tak susah tapi kena ada caranya. Sebenarnya laptop mempunyai kaedah tersendiri tersendiri dalam penjagaannya samada fizikalnya (hardware) atau sistemnya (window). Ini adalah langkah awal sebelum anda menghantarnya kekedai yang menyebabkan anda kehilangan wang anda. Mungkin sedikit atau banyak bergantung pada kerosakannya.

Laptop “Hang” atau lembab adalah disebabkan oleh kemampuan laptop (bengantung pada processor, ram hardisk) dan penggunaannya. Adalah dinasihatkan anda mengunakan cooling pad sekiranya anda selalu meggunakan laptop dan waktu yang lama. Pengunaan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan suhu processor meningkat. Jauhkan penggunaan laptop diatas tilam dan bantal yang mana haba atau suhu dari penggunaan laptop tak boleh terbias secara bebas yang mana memungkinkan laptop anda rosak lebih teruk seperti rosak mainboard atau processornya.

Kurangkan melayari laman web terlalu banyak dalam satu2 masa. Kalau perlu, anda perlu menmbah Ram untuk meningkatkan kelajuan dalam sistem. Ram hampir rosak atau salah satunya rosak juga boleh menyebabkan sistem “hang” atau lembab.

Upgrade atau update selalu antivirus untuk mengelakkan serangan virus kerana itulah yang banyak menyebabkan berlaku kerosakan pada sistem(window). Selalulah scan seminggu sekali paling kurang. Scan dahulu bahan yang didownload atau melalui data usb, pendirive cakera keras atau sebagainya sebelum anda membukanya. Selalu juga mengemaskini fail2 disimpan. Adalah diingatkan jangan menyimpan fail anda di depan skrin, atau folder desktop kerana itu hanyalah tempat utk ikon atau starting program dalam sistem anda. Ia boleh menyebabkan sistem anda lembab dan hang. Simpanlah ditempat yang betul, contoh di partition d atau selainya.

Jangan selalu defragkan hardisk keran ini akan megurangan tempoh hayat hardisk tersebut. Defrag hanya langkah terakhir yang perlu anda ambil.

Sekiranya tak menjadi hantarlah kekedai berhampiran sebelum kerosakn yang lebih teruk berlaku. Selamat mencuba, semoga berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s