>Kenapa ada ura2 Blackberry diharamkan di Malaysia

>

Kerana satu sebab – sekuriti negara.

UAE adalah antara negara yang telah pun mengharamkan Blackberry dan difahamkan India dan Indonesia juga sedang memikirkan untuk mengambil langkah yang sama. Negara-negara lain juga mungkin akan mengikuti langkah ini.

Apa masalah sekuriti Blackberry sehingga boleh diharamkan oleh sebuah negara? Yang menariknya ini bukan sebab kelonggaran sekuriti, tetapi masalah terlau secure. Semua mesej yang melalui bb akan dienkrip dan semua data disimpan di satu pangakalan data di Kanada. (Rujuk rajah)

Dengan kata lain, ini bagus untuk pengguna kerana semua data yang dihantar melalui bb tidak akan dibaca oleh orang ketiga dan ini menjamin privasi pengguna dan mengelakkan daripada data jatuh ke tangan orang2 yang tidak diingini. Tetapi sebaliknya untuk agensi kerajaan. Dengan sistem enkripsi yang ada pada BB, mereka tidak boleh akses data yang di hantar. Yang merisaukan agensi kerajaan adalah data-data yang boleh mengancam keselamatan negara. Sebab itu UAE misalnya mengambil langkah mengharamkan bb sehingga data-data ini boleh diakses semula.

How a BlackBerry Works @howstuffworks.com

Adakah benar blackberry boleh mengancam sekuriti negara?
Adakah blackberry juga akan diharamkan di Malaysia?
Adakah ini cuma satu perang psikologi?
Atau cuma perang pasaran – jatuhkan bb dan naikkan yang lain?

Tepuk dada tanya selera

link: http://www.zairul.com


nuffnang_bid = “ba18d6e927fe8c84888aff36c608390c”;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s