>TEKNIK-TEKNIK PENJAGAAN KOMPUTER

>Teknik-Teknik Penjagaan Komputer

Teknik menjaga komputer ini merangkumi beberapa topik utama yang perlu menjadi perhatian. Topik pertama adalah mengenai masalah habuk. Selepas itu kita akan berbincang pula mengenai kesan suhu ke atas komputer, masalah virus, cara penggunaan dan akhir sekali kita akan membincangkan serba sedikit mengenai cara penyelenggaraan komputer anda dengan betul. Di harapkan artikel ini akan dapat memantu semua orang dalam teknik penjagaan komputer yang berkesan.

Masalah habuk
Publish Post
Musuh yang paling utama bagi komputer ini adalah habuk. Habuk ini sentiasa betrada disekeliling kita, Ianya berbentuk partikel-partikel halus yang terapung-apung di udara. Setiap komponen elektronik yang terdapat pada PC amat sensitif pada habuk. Habuk ini terdapat berbagai jenis dan termasuklah asap rokok. Partikel-partikel asap boleh mengakibatkan jangkahayat komputern akan kurang Jenis-jenis habuk yang lain pula termasuklah habuk dari udara dan habuk dari serangga-serangga yang masuk ke dalam komputer kita.

Cara untuk menghilangkan habuk senang sahaja. Cara pencegahan, kita perlu tutup komputer kita jika tidak di gunakan dengan plastik komputer. Cara rawatan pulak, gunakanlah vacum cleaner yang berkuasa rendah dan berus cat yang kering untuk menyedut habuk-habuk yang terdapat pada PC anda (jangan gunakan yang berkuasa kuat kerana ia boleh merosakkan komponen-komponen komputer tersebut).

Masalah suhu

Letakkan komputer anda di kawasan yang sejuk. Tempat sejuk yang dimaksudkan disini adalah kering. Sekiranya lembab, ia boleh merosakkan komponen di dalam komputer. Suhu memang menjadi penentu utama dalam menentukan jangkahayat sesebuah komputer tersebut. berhati-hati dengan air dan kelembapan! Air mungkin akan menjadi punca kemalangan yang tidak di ingini. Komputer yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya. AWAS! Jaga-jaga sebelum terkena.

Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meletakkan komputer anda jauh dari pancaran matahari.

Masalah virus

Ini merupakan masalah menjadi perbualan yang hangat di internet. Masalah virus sebenarnya berpunca dari sikap semulajadi manusia yang akhirnya mengalami kerugian pun manusia juga. Virus amat mudah merebak melalui internet terutamanya melalui email-email anda. Awas semasa membuka email dari sumber-sumber yang tidak di kenalpasti keselamatannya. Virus juga mudah merebak melalui perkongsian disket dan penggunaan software pirate! Virus akan menyebabkan perjalanan PC anda akan terganggu atau mengalami kerosakan.

Apa yang boleh anda lakukan untuk mencegah komputer anda dari di jangkiti virus adalah dengan mendapatkan perisian antivirus terkini dan senantiasa updatekan perisian anda antivirus anda dengan definasi virus-virus terkini (biasanya update melalui internet). Terdapat banyak jenama perisaian antivirus yang terkenal dan boleh di harapkan (reliable). Di antaranya ialah Norton Anti Virus, PC-Cilin antivirus, Mc AFee antivirus dan Innoculan antivirus. Anda di syorkan untuk updatekan definasi virus terkini dari internet sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Beringat sebelum komputer anda terkena virus… Mencegah lebih baik dari merawati.

Masalah cara penggunaan

Penggunaan PC bergantung kepada sikap. Terdapat beberapa komponen komputer yang mempunyai jangkahayat yang rendah. Komponen-komponen ini terdiri daripada keyboard dan mouse. Keyboard dan mouse mudah rosak dan perlu di gantikan bila perlu. Cuba dapatkan keyboad atau mouse yang perlu di gantikan pada harga yang mahal sedikit kerana keyboard dan mouse jenis ini lebih tahan lama dan selesa untuk di gunakan.

Jangan buka dan tutup komputer anda sesuka hati. Gunakan cara menutup komputer anda dengan betul dengan menekan menu START – SHUT DOWN – OK! (Sekiranya anda ingin meninggalkan komputer anda buat seketika, anda di syorkan untuk menggunakan menu STANDBY)

Maintanence

Perkara yang terakhir yang nak dibangkitkan di sini ialah maintenance

Tujuan maintenance nie adalah untuk menjadikan komputer anda lebih senang dan mudah digunakan. Maintenance dibahagikan kepada 2. Yang pertama adalah secara hardware dan yang kedua ialah software. Bagi hardware, alatan yang perlu ada ialah skru-driver atau pemutar skru jenis +… Solution pembersih (mild detergent), Vakum cleaner, CD Cleaner, Floopy drive cleaner, kain buruk yang lembut serta tidak berbulu. fungsinya seperti dibawah:

-Skru driver jenis + – Gunanya untuk membukak PC kita nanti untuk di maintainkan.

-Solution pembersih – Gunakan untuk mencuci casing, monitor, keyboard, mouse, scanner dan apa sahaja yang berpermukaan daripada habuk

-Vakum cleaner dan berus kering – sedut habuk yang terdapat di dalam komputer dan bilik anda.

Bila sudah siap maintenance bahagian hardware, kita kenalah jalankan operasi untuk maintenance bahagian software pula. Mula-mula sila delete (padamkan) fail yang tak perlu. Fail-fail yang tak perlu ini termasuklah fail-fail yang berakhir dengan .chk , fail-fail log, fail-fail yang di gunakan sementara (fail-fail temporary).

Deletekan juga cookies atau history – kalau rasa perlu (di dalam browser internet explorer atau netscape navigator) dan buang program yang tidak di gunakan lagi (uninstall). Cara untuk uninstall ini hendaklah menggunakan step yang betul. Sekiranya program tu ada mempunyai menu uninstall nya sendiri, itu tidak menjadi masalah. tetapi sekiranya tiada menu uninstall, kenalah klik menu START – SETTINGS – CONTROL PENAL dan cari menu ADD/REMOVE PROGRAMS. Klik program yang ingin di buang dan tekan butang Add/Remove.

Yang terakhir sekali ialah jalankan scandisk dan difragmentation.

Begitulah langkah-langkah yang harus di lakukan untuk menjaga komputer supaya dalam keadaan baik selalu. Selamat berjaya menjalankan maintainan ke atas komputer anda sendiri. Semoga Berjaya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s