>Pengenalan kepada Komputer

>Pengenalan kepada Komputer

1.0 PENGENALAN
1.1 Komputer adalah sebuah alat elektronik atau mesin automatik yang digunakan untuk memproses data.
1.2 Komputer boleh melakukan kerja-kerja untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah dalam memproses data:
1.2.1 Menerima arahan (input) dan memasukkan data daripada pengguna.
1.2.2 Melaksanakan arahan (memproses) input/data yang diterima berbentuk pengiraan, logik memanipulasi data secara automatic dan sebagainya.
1.2.3 Menyimpan data/program dalam ingatan sekunder.
1.2.4 Menghasilkan laporan atau sebarang keputusan daripada kerja-kerja pemprosesan.
1.2.5 Laporan boleh disimpan dan boleh dipanggil semula pada bila-bila masa.

2.0 KOMPONEN-KOMPONEN KOMPUTER
2.1 Input
2.1.1 Menerima data arahan daripada pengguna.
Contoh: Papan kekunci (keyboard), Tetikus (mouse), Pengibas(Scanner)
2.1.2 Untuk memasukkan data ke dalam computer.
2.2 Output
2.2.1 Segala maklumat yang telah diproses dan dikeluarkan dalam bentuk tayangan atau cetakan (hardcopy).
Contoh: Monitor., Pencetak (Printer)
2.3 Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
2.3.1 Mengawal keseluruhan operasi komputer, menerima input data arahan daripada memproses data arahan yang diterima.
2.3.2 Mengeluarkan hasil pemprosesan dan menyimpan di dalam storan sekunder atau mengeluarkan kepada alat output.
2.3.3 Semua kawalan dan arahan diproses pada dua (2) bahagian utama:
2.3.3.1 Unit Kawalan
• Membaca dan mentafsir arahan-arahan yang diterima, kawalan aktif alat-alat input/output, storan ingatan unit arithmetic dan logik.
• Mengawal pengaliran data di dalam komponen-komponen komputer yang lain berjalan lancar.
2.3.3.2 Unit Arithmetik dan Logik
• Menerima data daripada ingatan komputer, proses data berdasarkan arahan yang diterima ( +, -, *, /,logik) dan hasil proses akan disimpan di dalam storan sekunder dan ingatan.
2.4 Ingatan
2.4.1 Kegunaannya:
2.4.1.1 Menyimpan pemprosesan unit arithmetic dan logic.
2.4.1.2 Menyimpan arahan oleh pengguna.
2.4.1.3 Menyimpan arahan yang sedang diproses.
2.4.2 Terdapat dua (2) jenis:
2.4.2.1 ROM (Read Only Memory) – Ingatan bacaan sahaja.
2.4.2.2 RAM (Random Access Memory) – Ingatan secara rawak.
2.4.3 Saiz ingatan komputer diukur dalam unit Byte. 1 Byte bersamaan dengan 8 Bit (Binary digit 0 dan 1).
Rajah II
1 Bit 0 dan 1 (On / Off)
1 Byte 8 Bit
1 aksara (character)
1 Kilobyte 1024 Byte
½ mukasurat teks
1 Megabyte 1024 Kilobyte
500 mukasurat
1 Gigabyte 1024 Megabyte
1 Terabyte 1024 Gigabyte
2.5 Storan Sekunder
Contoh: Hard disk, Disket, CD-ROM, USB storage

2.6 Komputer terdiri daripada dua (2) bahagian:
2.6.1 Perkakasan
Perkakasan adalah kelengkapan fizikal.
Contoh: Papan kekunci (keyboard), Pencetak, Modem, CD ROM, Tetikus (mouse), Unit Premporsesan Pusat (CPU) dan lain-lain.
2.6.2 Perisian
2.6.2.1 Kumpulan aturcara/program yang membolehkan kita berhubung dengan komputer.
2.6.2.2 Ianya terdiri daripada perintah-perintah tersusun yang perlu dipatuhi oleh komponen komputer untuk menghasilkan aktiviti tertentu.
2.6.2.3 Terbahagi kepada dua (2) jenis:
2.6.2.3.1 Perisian Sistem
• MS-DOS
• Windows ’95, Windows ’98, Windows 2000, Windows XP, Windows ME
• UNIX
• Linux
2.6.2.3.2 Perisian Komputer
• Microsoft Office
• Photoshop
• Dreamweaver
• Oracle

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s